in

Nasi Lemak Viral Cyberjaya

Hari ni geng, aku nak share lagi 1 makanan viral di Cyberjaya. Kepada semua peminat nasi lemak, aku harap post kali ni dapat tolong korang kalau korang staycation or lepak2 area Cyberjaya. Kalau korang dari KL, korang boleh terus naik highway MEX atau ikut highway Sungai Besi. Perjalanan lebih kurang 30-45 minit dari KL. Kalau korang nak Waze/Google Map, Search je Wisma Mustapha Kamal. Kalau korang dari KLIA, Klang, Shah Alam atau Subang, korang naik Elite Highway je. Ni location dia, korang click je kat directions bawah ni: 

Macam biasa, aku sceptical sikit bila orang cakap pasal makanan viral. 1st thing in my head is sedap ke? Atau hanya viral semata2? So, dah menjadi tugas aku untuk tolong korang drive sampai ke destinasi, beratur panjang demi mendapatkan review pasal makanan viral ni. 

**Disclaimer: Ini adalah pendapat peribadi aku dari pengalaman yang aku dapat masa makan makanan viral ni. 

Nasi lemak ni diorg jual seawal jam 7 pagi geng. Aku datang masa weekend, so x crowded sangat la. Parking pon depan kedai makan je. Apa yang aku nampak, ada 2 kedai yang pasang banner ‘Nasi lemak Bungkus Viral’ ni. So mungkin orang yg buat nasi lemak ni letak kat kedua-dua kedai tu. So bila korang dah sampai kt area tu, cari je Dapur Ikan Bakar Eman atau Restoran Dapur Kampung.

Ok geng, untuk kali ni, aku masuk ke Dapur Ikan Bakar Eman. Aku tapau je nasi lemak ni. Kalau korang tengok dari gambar yang aku share ni, restoran ini juga menyediakan lauk pauk lain macam ayam goreng, ayam masak kicap, ayam masak merah, daging goreng kunyit dan nasi impit. Tapi aku betul2 nak rasa nasi lemak dia, jadi aku hanya tapau nasi lemak dia geng. Kebetulan abang aku nak datang rumah, jadi aku beli la banyak sikit.

So sampai rumah, aku terus bukak sebungkus dulu. Nak rasa dulu la geng, perut pon dah memberontak! Bukak2, fuhhh bau sambal bercampur dengan daun pisang, memang terbaik gais… Jom cerita pasal presentation dulu geng. presentation nice la, mengimbau kenangan zaman2 dahulu. Sekarang jarang dah nasi lemak letak daun pisang, tapi masih ada la. Sebungkus RM1.50, presentation macam tu je la geng, bukan makanan hotel haha. Ni rupa dia lepas korang buka nasi lemak bungkus ni.

Sambal dia, bagi aku kira padu geng. Sedap, pedas tak rasa sangat, manis ngam, masin ngam, memang sedap geng. Patut la viral. Korang memang kena cuba kalau korang sampai di Cyberjaya. Tapi pagi la geng, pukul 10 pagi aku rasa licin dah. 

Nasi lemak tu pon secukup rasa, memang nice2 je. Ikan bilis pon rangup, setakat 3 bungkus kejap je korang boleh habiskan. Portion tu tak la besar geng, tapi ngam la dengan harga. Nanti aku akan update di post akan datang mengenai lauk pauk yang ada di restoran ni. 

So, setakat ni je post pasal nasi lemak viral Cyberjaya ni. Rugi wei kalau korang tak cuba. See ya~

What do you think?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

GIPHY App Key not set. Please check settings